Mac 06, 2016

REVIEW : MUNAFIK

Assalamulaikum. 

Hari ni nak review movie seram yang disebut-sebut sepanjang hujung bulan lepas sampai ke hari ni. Movie dibawah arahan Syamsul Yusof oleh Skop Productions. Aku dah tengok 2 kali walaupun untuk kali kedua aku tengok sebab teman sorang member baik yang tak sempat nak tengok lagi, bila second time tengok kira dah tak terkejut sangat lah kononnya. Rupanya tak lah ada jugak part aku masih terjerit sekali dua sebab tak ingat hantu tu muncul kat part tu. Hahaha. 






Untuk aku yang sememangnya agak penakut tapi tetap nak tengok jenis-jenis cerita seram ni sebab kalau tak aku tak leh duduk diam. Cerita ni best, best, best untuk kategori cerita Melayu seramlah. Sebab banyak cerita Melayu seram lain bila nak mai last cerita tu feel dia lain sangat, macam tak ikut flow tak tentu arah. Cerita Munafik ni dari awal dia kasi kita persoalan dah "siapa langgar bini Ustad Adam?" Lepastu kita tak boleh nak predict siapa sebenarnya yang jahat dan menjadi punca semua ni sebab orang yang jahat tu kiranya tak penting pun dalam cerita ni. Maksud aku scene dia tak banyak mana. Bila member baik aku tuduh orang lain aku iye iye kan jelah sebab malas nak kasi spoil.