April 28, 2016

TIPS MENGELAKKAN KAWAN YANG ANNOYING

Assalamualaikum.

Orang kata kalau kita jenis kawan ramai yang jenis group tu mesti akan ada satu yang annoying. Pastu orang kata jugak kalau rasa antara kawan-kawan kita tak dak yang annoying maksudnya diri sendiri lah yang annoying. Opss ! Aku harap dalam group aku bukanlah kawan yang annoying. 

So aku nak kasi tips lah cara elakkan kawan yang annoying ni tapi first of all bagi aku annoying tu bermaksud kawan yang suka buat macam dia tahu semua benda. Contohnya bila si A cerita yang kawan sekerja dia model sambilan, si B dan dan sampuk cerita kata kawan opis dia pun model jugak and bla bla bla. Contoh lain si A dok cerita pasai tunang dia kasi suprise masa birthday dan dan la si B masuk cerita yang boyfriend dia pun sebenaqnya dok plan nak suprise dia masa birthday dia lagi 2-3 bulan and bla bla bla. Serius kot apa masalah si B sebenaqnya ni ? Dengki dengan orang ka ? Tak boleh orang lebih dari dia ka ? Apa ? Apa masalah hang wahai si B ?! 

Nak tau cara terbaik mengelakkan manusia jenis annoying ni ?? Versi dalam whatsapp group ya. 

April 26, 2016

GET TO KNOW ME

Assalamualaikum. 



Walaupun aku bukanlah blogger femes tapi cita-cita dan minat aku nak menulis tu memang dari dulu lagi dok tersemat kat hati ni. So memandangkan aku baru je buat blog so aku nak try lah buat "get to know me" ni supaya yang baca dan yang follow blog aku boleh kenal aku dengan lebih dekat. Tambah kawan orang kata, in shaa Allah. 

April 25, 2016

LIFE UPDATE

Assalamualaikum. 

Huish lama aku tak update blog semua sebab busy dan jugak idea kering tak tau nak tulis apa. Sat lagi kalau dok tulis benda merepek macam tak ada point pulak kan. So selepas hampir seminggu lebih adalah benda yang aku nak tulis untuk share dengan yang membaca blog ni (kalau ada yang bacalah). 

Hari Jumaat 22/04/2016 baru-baru ni aku dah temukan "kawan special" aku dekat family. So far alhamdulillah penerimaan dari mereka sangatlah okay. Nampaknya ayah aku pun on je dan tiada tanda-tanda halangan mahupun tidak restu dari family aku terutamanya ayah aku lah. So lega sangat kira dah lepas one step so at least hubungan kami ni tak daklah tersorok dan berahsia sangat kan. Lepastu besoknya Sabtu aku join family belah mentua abang aku bercuti kat Pulau Pangkor. 

April 06, 2016

IERAH SULAIMAN BAGI FREE PRODUCT FLORA MASK FOR GIVEAWAY 2016!!!

Assalamualaikum.

See the tajuk ? Teruja tak macam I yang sangat teruja sekarang ni. Hehe. So memandangkan si tuan blog IERAH SULAIMAN yang manis dan comey lote ni berbesar hati nak buat giveaway I pun teruja lah nak join sebab hadiahnya sangat best okay.




April 04, 2016

NIKMAT ALLAH YANG MANA LAGI NAK DI DUSTAKAN ?

Assalamualaikum.

Semalam aku tetiba rasa nak membandingkan diri sendiri dengan mereka yang macam ada "segalanya". Maksudnya mereka yang berduit, yang kaya, yang mampu beli apa je. Dan bila aku bandingkan semua jelas sangat aku rasa banyak yang kurang aku ni. Tak kaya, tak mampu nak beli semua benda sebab kena ingat nak bayaq bill lah apa lah. Aku pujuk diri aku sendiri supaya bersyukur dengan apa yang aku ada sebab tu rezeki dan nikmat dari Allah setelah aku bersusah payah cari sendiri. 

Saat aku mula menghitung apa sangat yang aku ada dalam hidup ni ditambah dengan jolokan jarum jarum halus dari si makhluk yang bernama syaitan aku terjumpa gambaq ni. Mungkin ni macam nak kasi aku sedaq lah dari lamunan aku hat berupa nafsu yang tak puas dan bersyukur ni. Haihh. Alhamdulillah aku terjumpa gambaq-gambaq ni. 

April 03, 2016

HALAL DAN BERSIH

Assalamualaikum. 

Aku baru lepas dok scroll timeline fb and terjumpa gambaq bawah ni. Rasanya cerita bukan cerita lama sebab Pages tu baru je post dalam 3 jam yang lepas. Tapi kalau cerita dah lama aku mohon maaf sebab baru sekarang nak post. Aku rasa mesti ada certain yang tahu jenama sos yang ditunjukkan kat dalam gambaq bawah ni.