April 06, 2016

IERAH SULAIMAN BAGI FREE PRODUCT FLORA MASK FOR GIVEAWAY 2016!!!

Assalamualaikum.

See the tajuk ? Teruja tak macam I yang sangat teruja sekarang ni. Hehe. So memandangkan si tuan blog IERAH SULAIMAN yang manis dan comey lote ni berbesar hati nak buat giveaway I pun teruja lah nak join sebab hadiahnya sangat best okay.






So I nak citerlah apa yang buat I teruja gila of course lah sebab hadiah yang IERAH SULAIMAN nak kasi. Ierah nak kasi Flora Mask hat tip top meletop pomm kebabomm dush dushh dushh ( efek sound yang hiperbola ) yang bernilai Rm65. Haihh hangpa ingat murah ka Rm65 tu. Hahah. Perempuan ni kita mesti ada keinginan nak nampak cantik nak nampak cute tapi bukan untuk menggoda lelaki tapi sebaliknya untuk kepuasan diri sendiri. Tak putih takpe yang penting bersih berseri tanpa parut dan cela.



Sebenaqnya kalau ikut I dah lama dengaq pasal Flora Mask ni tapi tiap kali nak beli mesti kedai hat juai tu habis stok. Laku keras ini produk ya. Bila dah 2-3 kali nak beli tak ada terus hati ni merajok so tak dapatlah nak try. Member I cite yang produk ni memang berkesan nak cabut whitehead dengan blackhead kat muka ni. Memang I jeles lah sebab tak dapat try tetapi bila nampak entry IERAH SULAIMAN ni nak kasi giveaway dan hadiahnya Flora Mask gila lah lau I tak join. Orang dah nak kasi free, nak kasi sedekah ikhlas buat sombong lak tak nak erk.

Flora Mask nie jenis feel off so memang banyak kebaikan dia dan yang paling I suka sebab jenis mask ni kita yang sapu sendiri banyak mana dan tebal mana kita nak. Maksudnya kalau tak nak bubuh satu muka sapulah dekat tempat yang mana kita nak sahaja. Bab kurangkan minyak tu best sebab muka I nie jenis berminyak kat dahi. Hehe. Dengan warna purple yang cantik tu masa I sapu kat rumah tak lah father I terkejut ingat hantu pakai topeng duduk rumah. Hahaha lagipun ia dikatakan berbau lavendar pasti muka I berbau wangi selepas guna Flora Mask ni. Dah muka wangi best lah nak sua muka dekat kucing I suruh cium. Hahaha.

So kalau anda yang lain nak join giveaway ni sila klik link di bawah untuk info lanjut mengenai cara dan peraturan nak join. Tarikh tutup giveaway ni 30 Mei 2016 memang dan lah kalau ada yang berminat nak join.

http://ierahsulaiman.blogspot.my/2016/04/ierah-sulaiman-bagi-free-product-flora.html



Ok bai. Terima Kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan