April 04, 2016

NIKMAT ALLAH YANG MANA LAGI NAK DI DUSTAKAN ?

Assalamualaikum.

Semalam aku tetiba rasa nak membandingkan diri sendiri dengan mereka yang macam ada "segalanya". Maksudnya mereka yang berduit, yang kaya, yang mampu beli apa je. Dan bila aku bandingkan semua jelas sangat aku rasa banyak yang kurang aku ni. Tak kaya, tak mampu nak beli semua benda sebab kena ingat nak bayaq bill lah apa lah. Aku pujuk diri aku sendiri supaya bersyukur dengan apa yang aku ada sebab tu rezeki dan nikmat dari Allah setelah aku bersusah payah cari sendiri. 

Saat aku mula menghitung apa sangat yang aku ada dalam hidup ni ditambah dengan jolokan jarum jarum halus dari si makhluk yang bernama syaitan aku terjumpa gambaq ni. Mungkin ni macam nak kasi aku sedaq lah dari lamunan aku hat berupa nafsu yang tak puas dan bersyukur ni. Haihh. Alhamdulillah aku terjumpa gambaq-gambaq ni. 


Masa aku kecik dulu sibuk main tengok tv. Tapi depa dengan baju yang kotoq dan duduk atas tanah je :'(

Mesti kakak tu letih sangat, mungkin jugak dia lapaq dan aku kat sini makan sedap-sedap je 

Patutnya depa ni semua dok kat sekolah belajaq tapi sibuk buat kerja tu semua. Haihhh.

Saat aku kecoh tak boleh nak bawa keta lah apa lah budak ni duduk dalam besan je lalu atas aiq. Apa lagi yang aku nak :(



Dan bila aku jumpa aku pandang gambaq ni aku paham apa yang aku ada sekarang sebenaqnya dah cukup banyak malahan sangat banyak jika dibandingkan dengan adik-adik dalam gambaq ni semua. Aku ada fizikal yang sempurna, aku ada duit nak beli makanan siap boleh makan sedap-sedap lagi. Aku ada pakaian yang elok untuk dipakai, aku ada blog kot nak update cerita, ada internet ada komputer. Apa lagilah yang aku tak bersyukur dan sampai nak bandingkan diri aku dengan orang lain. 

Sedangkan kalau di kira-kira nikmat yang Allah kasi mana mungkin aku boleh kira. Nikmat Iman, nikmat dilahirkan sebagai Muslim dan sebagai Islam, nikmat berjalan dan sebagainya. Nikmat mana lagi yang aku nak dustakan ? Masha Allah aku hamba yang sangat hina sebab boleh mempersoalkan rezeki dan nikmat yang Allah dah kasi. Aku bersyukur jugak sebab terdetik nak skroll timeline fb dan terjumpa gambaq-gambaq ni. Dah macam satu tamparan deras hinggap ke muka aku sampaikan masa aku tulis entry ni aku terasa lagi sakitnya. Aku rasa sedih sebab aku dah ada semuanya tapi adik-adik ni tak pun tapi aku yang sibuk nak bandingkan semua ni. 

Semoga kita semua terutamanya aku sebagai manusia yang diciptakan Allah tidak lagi mempersoalkan kenapa dan mengapa. Kita sepatutnya redha dan bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Allah tak bagi apa kita minta sebab Allah nak bagi benda lain yang lagi kita perlukan sebenarnya. Kalau kita nak rezeki lebih kenalah usaha lebih kan. 

Ok bai. Terima Kasih.

P/S - Blog Ni  kupas soal ujian hidup memang lagi sempoi sebab terasa dekat sangat dengan hati kita ni :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan