Mei 30, 2016

BILA SIMPATI DAN KASIH SAYANG SEORANG MANUSIA HILANG

Assalamualaikum and hello semua :)

Sekarang banyak kes pasal binatang mati kena bunuh, kena seksa dan kena tembak semua disebabkan sikap simpati dan kemanusiaan seorang manusia dah hilang. Sakit hati baca and kalau lah aku ada power I will make sure to shoot all the bad people. Huh benci baca sampai kadang aku langsung takmo baca berita atau artikel pasal kes-kes macam tu. 

The latest one pasal 'Harambe' kena tembak mati disebabkan kecuaian seorang mak yang tak reti nak jaga anak dia masa dekat zoo sampai anak tu terjatuh dalam kandang gorilla. Aku tak paham bila dia kata terjatuh, awat hang tak boleh pegang elok-elok ka ?  Fine orang kata benda dah jadi bukan depa nak anak depa jatuh pe semua, dahtu hang bawa anak hang kuaq jalan-jalan ka apa kena lah peka dengan keadaan sekeliling. Dahtu nak salahkan gorilla tu ka ? Bukannya binatang tu yang tarik anak hang bagi jatuh ! 

Sumber : The Vocket 
Sumber : The Vocket


Lepastu gorilla tu terpaksa ditembak mati sebab nak selamatkan budak tu. Aku rasa macam mak dia yang patut ditembak. Erghh serius geram, aku paham budak tu manusia. Nyawa manusia sangat penting tapi binatang tu ada perasaan walaupun gorilla tu tak berakal. Mestilah hang yang sebagai manusia berakal kena peka dan hati-hati. Samalah kes yang dekat Chile tu, lelaki bodoh mana entah terjun dalam kandang harimau sebab nak bunuh diri kasi harimau tu makan dia hidup-hidup. Tak pasal-pasal harimau tu kena tembak mati. Dah nak mati pun menyusahkan yang lain pulak. Pergi lah terjun bangunan, yang hang nak babitkan binatang yang tak berdosa tu dah kenapa?

Kita sering salahkan binatang bila kononnya depa susahkan kita. Contoh kucing datang minta makan. Aku paham kita rimas, aku yang bela sampai 5 ekor kucing ni pun kadang rimas tapi janganlah sepak, tolak elok-elok dahla tak pun ignore jelah. Bukan dia minta sepinggan makanan pun, dia minta sisa makan kita. Ayah aku kalau makan mana-mana tak habis dia akan bungkus bawa balik untuk kasi kucing dekat rumah tak pun dia pergi dekat tepi-tepi kedai makan tu dan dia longokkan makanan lebihan tu kononnya kucing, semut, burung semua boleh makan sisa makanan tu. Bukan tu je kadang kalau dalam perjalanan kemana-mana ayah aku nampak bangkai binatang yang  kena langgaq ke apa ayah aku akan berhenti kereta dan tarik letak tepi jalan. Aku tanya kenapa ayah aku cakap kesianlah dekat depa walaupun dah mati. Bukan nak perangakat ayah aku tapi at least tindakan kita boleh sedikit sebanyak membantu kan. 

Tolonglah manusia. Kita sebenarnya yang banyak rampas hak depa bukan depa yang rampas hak kita. Kita yang berakal kena lah berpikiq macam manusia berakal bukan macam depa yang tak berakal. 

Ok bai. Terima Kasih. 








4 ulasan:

  1. Wawwwww gorgeous dah ada blog hehe

    BalasPadam
  2. Setuju tu,.skg ni mcm mcm news..pernah skali i nampak kat youtube yang kucing kena pukul pula sampai mati,.dan kalau tak silap,.last year or bila..satu group pompuan tu pijak anak anjing sampai mati..adoii,.entah apa nak jadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah manusia makin kejam. I tak sampai hati nak tengok video macam tu sebab kejam gila. Macamlah binatang tu kacau depa. Haihhh.

      Padam