Mei 19, 2016

CONFESSION : ANAK TERLUKA

Assalamualaikum dan hello readers. 

Aku ada follow satu Page di Facebook : IIUM Confessions-BM. Secara personal aku rasa ni antara page confessions yang bagus dari sesetengah yang dah macam tak dak hala tuju contohnya confess kenan dekat senior tu junior ni. Tapi yang page ni banyak yang confess soal realiti yang terjadi terhadap diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling sebab bukan budak UIA je yang boleh confess tapi sesiapa pun boleh je nak confess or nak share story dekat situ. So bila aku baca rasa macam eh betol ka student ni kena macam ni macam tu. Itulah orang kata banyak membaca menambah pengetahuan. Sama ada cerita yang di confess tu betul ka tipu ka letak belakang yang penting sekali apa iktibar dan pengajaran yang kita dapat dari kisah tu.
 
So apa yang aku nak share hari ni satu confession yang sangat menyentuh hati aku sebagai manusia dan sebagai anak perempuan. Sila baca dibawah confession  saudari yang menggunakan nama TM ni. 


Sedih kan ? Serius bagi aku sedih sangat, sedih dengan layanan mak ayah dia. Sedih dengan sikap adik beradik dia yang lain. Tak akan tak ada rasa simpati atau kesian dalam hati depa. Kalau saudari ni tak kuat dan sabar lepastu ambil jalan pintas dengan cara bunuh diri, lari dari rumah ka nak salahkan siapa ? Bayangkan apa yang saudari ni terpaksa lalui dari zaman dia sekolah sampai sekarang dia dah bekerja. Aku cuma mampu berdoa semoga Allah gantikan penderitaan dan kesabaran dia dengan sesuatu yang lebih baik sama ada di dunia atau di akhirat nanti. Semoga ibu dan bapa saudari ni sedar yang sesuatu yang mungkin kita tak suka yang mungkin kita benci sebenarnya adalah yang terbaik untuk diri kita. Semoga saudari ni akan terus kuat supaya tak berputus asa dalam proses mengambil hati ibu dan bapanya. 

Satu aku minta pada diri aku sendiri, pada mereka yang dah bekeluarga, pada mereka yang bakal bekeluarga supaya jangan pilih kasih dengan anak-anak ni, layan lah secara adil dan saksama. Kalau tak boleh nak bahagi kasih secara adil atau saksama sekurang-kurangnya jangan lah buat hati anak anda terluka. Anak-anak kan amanah dari Allah S.W.T. Jalankan tanggungjawab yang dah diberikan tu sehabis baik supaya di akhirat nanti Allah bagi ganjaran besar.

Ok bai. Terima Kasih. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan