Mei 21, 2016

REVIEW : X-MEN APOCALYPSE

Assalamualaikum and Hello readers.

Ok semalam aku dah tengok X-Men Apocalypse. Perghh perghh aku tak nak bagi sinoposis dari awai sampai akhir. Kalau nak tau plot cerita boleh p baca kat google tak pun baca dekat 7 Sebab Anda Patut Tonton X-Men Apocalypse dekat  The Vocket . Oh btw memang aku suka refer The Vocket bab movie-movie nie.

X-MEN : APOCALYPSE
Bagi yang tak follow cite X-Men mungkin akan pening sikit lepastu mungkin akan rasa tak best sebab part Wolverine tak banyak. Tapi aku tak tipu walaupun sikit je part Wolverine dalam movie nie tu pun dah cukup sebab watak-watak lain dah superb sangat. Dalam movie nie watak yang paling aku suka Charles Xavier masa ada rambut gila hensem.


Aku suka lagu-lagu yang depa boh dalam movie ni. Aku suka pelakon dia semua. Aku suka semua lahhh. Hahaha. Cuma watak 4 orang The Horsemen tu macam tak menonjol sangat lah. Tapi serius aku suka semua pelakon-pelakon dia. Hensem, cantik, meletop pap pap ! Tapi yang paling aku suka watak Mystique yang di bawa oleh Jennifer Lawrance. 

Kami peminat MBO Cinema :)) 

Akhir kata, pergilah tengok sebab tak rugi. Aku kasi 9/10 bintang. Satgi hangpa tanya pulak mana lagi satu bintang sebab dah aku kata seronok. 1 bintang kurang sebab En Sabah Nur buat Charles Xavier botak. Sakit pulak hati aku sebab Charles Xavier dah kurang hensem jadi aku kurangkan 1 bintang. Hahaha. 

Ok bai. Terima Kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan