Jun 26, 2016

REVIEW : NOW YOU SEE ME 2

Assalamualaikum and hello semua :)

Akhirnya dapat pun aku pergi tengok cerita Now You See Me 2 (NYSM2). Selain kekangan masa dan tenaga sebab bulan puasa kan. Bajet pun jadi punca aku diam tak ajak member aku enjoi movie. Haha, selepas dapat bonus sebulan sempena nak raya ni aku pun whatsapp member ajak pergi enjoi movie sambil cuci mata shopping barang nak raya. 

So macam mana NYSM2 ni ? 

Jun 13, 2016

TIPS : HILANGKAN ULSER MULUT DAN KETAHUI PUNCANYA

Assalamualaikum and hello semua. 

Hari ni dah 8 Ramadhan so kiranya dah 8 hari kita berpuasa. Tahun ni punya puasa memang sangat aku nantikan tapi start Ramdhan ke tiga hari tu aku sangat tak larat sebab mulut aku kena ulser banyak tempat pulak tu. Adalah dekat 7 biji (tak sure lah penjodoh bilangan utk ulser macam mana) ulser dalam mulut aku. Sakit weiii. Nak cakap pun susah makan apatah lagi. Ayah aku sampai pelik nasi aku ambik sikit je lepastu kurang bercakap. Mak aku dah mula marah-marah sebab dok biaq lepastu mak aku marah sebab tengok aku dah terok sangat gayanya dahla aku tak mau beli ubat. Aku bukan apa satlagi beli ubat tak leh puasa pulak tu yang malas sangat tu. 

Eh jap hangpa tau dak ulser mulut tu macam mana ? 

Sumber : Google

Sebenarnya dulu zaman sekolah memang ulser rajin sangat naik dalam mulut aku sebab aku tau aku jenis tak suka nak minum ayaq masak banyak-banyak. Dah lama dah aku tak kena ulser dalm mulut ni tup tup ramadhan kali ni kena semula banyak sekaligus serius wa cakap sama lu memang sakit weii. Nak cakap sakit, nak makan sakit jadi tak puas pulak aku bila makan time berbuka dan bersahuq sejak ulser ni mai. 
So apa punca/faktor kita kena ulser mulut ? 

Jun 12, 2016

REVIEW : THE CONJURING 2

Assalamualaikum and hello semua.

Maaf sebab lama tak update dan tak aktif dekat blog. Terlampau busy di tambah dengan bulan puasa ni rasa tak larat je pastu rasa malas je. Haih apa punya badan pemalas entah lah aku ni. Btw semalam aku dah pergi tengok The Conjuring 2. Ok seramm wei, sebab hantu dia real betoi lepastu suka muncui tetiba (bukan hantulah kalau tak muncul tiba2 kan). James Wan tak pernah buat aku rasa tak syok kalau cerita tu dia yang arahkan. Serius best wei cite bawah arahan James Wan ni. Mungkin sebab dia asal orang Malaysia so cerita hantu/horror dia macam kena lah dengan jiwa kita ni.

The Conjuring 2 nie pun based on true story dari pengalaman Ed and Lorraine Warren dan dikatakan oleh Lorraine ni adalah pengalaman paling diingati dia dan cerita ni jugak antara yang terfamous lah dalam kalangan cerita dan penggemar paranormal. So first perception ya cerita ni memang seram dan scary lah sebab hantu yang biarawati tu macam bapak ah muka dia. Hahah. Balik dari tengok cerita tu semalam dok teringat-ingat lagi dekat rupa hantu tu. Memang terkesan lah dekat ingatan aku ni.