Julai 23, 2016

REVIEW : KABALI (TAMIL MOVIE)

Assalamualaikum. 

So semalam aku dah pergi tengok movie Kabali dekat MBO Central Square. Punyalah awai aku dengan member aku pegi sebab takut tiket habis Tapi kami dapat show awal pagi pukul 11 siap seat couple lagi. Kihkih tak sia-sia pergi awai. Btw like my previous entry pasal review movie Tamil aku ni memang kaki Tamil dan Hindustan. Aku suka sungguh cerita-cerita depa. 


Rasanya ramai je kan yang dah tau movie Kabali ni penggambarannya dijalankan di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur sedikit di India, Thailand dan Hong Kong. Movie ni pasai gangster drama. Watak utama mestila super star India Rajinikanth. Di bantu oleh seorang pelakon Taiwan Winston Chao sebagai Tony Lee. Aku bangga lah sebab ada jugak bahasa melayu digunakan walaupun tak banyak. Pelakon Malaysia pulak dibarisi oleh Rosyam Nor, Norman Hakim dan ada 2-3 orang lagi pelakon Malaysia yang aku tak tau nama tapi muka depa familiar lah sebab selalu berlakon gangster jugak dalam movie KL gangster.

Julai 21, 2016

PREMADE TEMPLATE GIVEAWAY BY ERINAZMIR.COM

Assalamualaikum and hello semua :) 


Tag : Ceri Koko / Eeiou / Nakahime

Ok bai. Terima Kasih. 

Julai 19, 2016

KEMENANGAN SULUNG JOIN GIVEAWAY OLEH BLOGGER

Assalamualaikum and hello semua :)

Yeah seperti tajuk di atas entry ini ditulis untuk berkongsi bersama anda kemenangan sulung aku dalam join giveaway anjuran blogger yang baik hati bersedekah dan kasi hadiah. Hehe. Tak kesah lah nilai hadiah yang diberi tu besaq atau kecik tapi  yang penting niat dan kesungguhan hati orang yang memberi tu. Hehe. Btw aku syok lebih sebab nie kemenangan pertama aku.  Kihkih. Tak kesah lah kalau ada orang nak kata aku pulun ka apa tapi yang penting ni one of my way to show rasa syukur dan terima kasih pada yang sudi memberi. Rasa terima kasih kita terhadap manusia lain membuktikan rasa syukur kita kepada Allah Yang Maha Kaya. 


Julai 16, 2016

REVIEW : DHILLUKU DHUDDHU (TAMIL MOVIE)

Assalamualaikum and hello readers :) 

Semalam Sabtu 16/07/2016 aku dengan member baik aku decide nak keluaq tengok movie The Purge : Election Year tapi lepas baca bad review sebab dekat Malaysia hampir 1/3 scene kena potong lepastu banyak mute dialog especially part swearing semua tu terus rasa down tak nak tengok. Memang aku tak nak tengok ! Takpe aku tunggu member aku download nanti jelah. So last minute plan tukaq nak tengok Ghostbusters tapi tak jadi sebab entah tak dak nafsu nak tengok hat tu. Last kami tengok Tamil movie Dhillku Dhuddu. Kalau ikut minggu lepas nak tengok dah tapi tinggal seat depan je so tak mau lah maka minggu ni kami pilih untuk layan cerita tu. 

Btw maybe ada yang macam terkejot sebab aku review Tamil movie tapi aku nak habaq lah kat hgpa semua yang aku sebenaqnya mmg peminat besaq cerita Tamil terutama kalau cerita tu pasai kehidupan kampung depa. Hero depa berlawan pakai dhoti pegang parang mengamuk ok nampak perghh gila wei ! Haha. Lagipun cerita Tamil dia macam jujur tau dak pasai cinta, pasai rasuah dalam kalangan orang atas macam polis, menteri apa semua. Depa tak cover tau depa jujur dalm berkarya. Aku minat banyak pelakon Tamil.Tapi empat depa ni Rajinikanth, Vijay, Surya Sivakumar dengan Ajith Kumar ni the most Tamil actor yang aku suka ! Kalau nak try layan tamil movie layan cerita hat depa ni berlakon. 

Ok dah dah jom review Dhillku Dhuddhu okay. Cerita pasal movie and hero Tamil tak habis satgi aku taip. Btw maksud Dhillku Dhuddu ni in english is Money for Guts.

Julai 14, 2016

EXPECTATIONS MANUSIA

Assalamualaikum. 

Dah hampir 2 tahun aku kerja tapi aku rasa aku masih tak ada aset sendiri. Bukanlah tak ada langsung ada lah jugak sebab aku jenis suka barang kemas so ada lah barang kemas dah beli guna duit sendiri. Aset lah jugak tu cuma makin meningkat umur makin aku terpikiq sampai bila nak kerja makan gaji ? Kalau gaji yang di makan tu 5k ke atas gagah lah jugak. Ni 2k pun tak sampai. Dengan ekonomi yang ada sekarang ni memang sebenarnya susah nak hidup dengan gaji sikit cuma bersyukur sebab aku masih tak berkahwin dan duduk serumah dengan mak ayah. Banyak dah aku jimat tapi kadang-kadang rasa tak syok bila dapat gaji dapat huluq sikit je dekat mak ayah aku. 

Impian aku besaq sangat tapi mungkin belom rezeki aku nak capai impian tu tapi orang kata zaman sekarang zaman orang cari duit bukan capai impian. Tapi aku tak puas dengan cara tu. Kita dekat Malaysia tak macam dekat negara luaq. Bila dah injak umuq 25 orang cakap dah terlambat nak patah balik dan kejaq semula impian. Umuq 25 ni tak leh nak toleh belakang dah kalau tak lagi ketinggalan. Orang kata umuq 25 ni hang dah kena go on dengan apa yang hang ada sekarang tak payah sibuk nak kejaq impian. Langsung tak ada sapot dari orang terdekat dan masyarakat. Jujur aku macam nak patah balik ambik SPM lepastu sambung course yang aku dah lama impikan tapi hurm entahlah. 

Julai 10, 2016

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1437H

Assalamualaikum. 

Sudah berlalu Ramadhan dan sudah habis cuti untuk bulan Syawal. Masa sekarang bukan takat berjalan dengan pantas rasanya sekarang masa dah macam berlari pecut. Sekejap je minit bertukaq jam bertukaq hari bertukaq minggu ke bulan dan ke tahun poof masuk tahun baru. Sampai macam tercengang sikit eh dah habis ka puasa. Aku nak minum ayaq sambil dok buat kerja pun rasa macam "eh habis puasa dah ka erk?". Lepastu teringat yang aku baru habis cuti raya. Masha Allah cepat betoi. 

Tahun ni punya raya entah mood aku excited lebih sikit. Rasa macam puas sangat sambutan raya tahun ni maybe sebab banyak pergi berkunjung ke rumah orang dan banyak pulak memori baru tercipta dan dicetak di dalam sekeping gambar (acewahhhh) Tahun ni dapat pulak kumpui ramai-ramai kawan kolej pergi kenduri member kelas masa kolej, pergi open house sana sini. Serius wa cakap lu wa rasa syok raya tahun ni walaupun wa dah tak dapat duit raya :'( 

So aku rasa macam nak share gambaq dengan hgpa semua lah. Jangan muak dan jangan muntah ya. Haha. Nak share OOTD raya aku tahun ni untuk 4 hari aku dapat cuti. Hahah. Kena habaq sipa berapa banyak nak upload sebab takut satgi orang muak meluat muntah pulak kan. 

Julai 04, 2016

AIDILFITRI 2016

Assalamualaikum and hello readers :) 

Saya cuma nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua pembaca entry (bajet macam ramai yang baca) di blog saya ini. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa dalam setiap penulisan saya. Mohon maaf juga andai ada yang tidak senang dengan pendapat dan pandangan saya. 

Mohon maaf juga sebab blog ni sunyi sebab busy dengan kerja sebab kena setel renew insurans pekerja asing sebelum raya sebab takut tak sempat pulak nanti. 

Ok bai. Terima Kasih.