Julai 16, 2016

REVIEW : DHILLUKU DHUDDHU (TAMIL MOVIE)

Assalamualaikum and hello readers :) 

Semalam Sabtu 16/07/2016 aku dengan member baik aku decide nak keluaq tengok movie The Purge : Election Year tapi lepas baca bad review sebab dekat Malaysia hampir 1/3 scene kena potong lepastu banyak mute dialog especially part swearing semua tu terus rasa down tak nak tengok. Memang aku tak nak tengok ! Takpe aku tunggu member aku download nanti jelah. So last minute plan tukaq nak tengok Ghostbusters tapi tak jadi sebab entah tak dak nafsu nak tengok hat tu. Last kami tengok Tamil movie Dhillku Dhuddu. Kalau ikut minggu lepas nak tengok dah tapi tinggal seat depan je so tak mau lah maka minggu ni kami pilih untuk layan cerita tu. 

Btw maybe ada yang macam terkejot sebab aku review Tamil movie tapi aku nak habaq lah kat hgpa semua yang aku sebenaqnya mmg peminat besaq cerita Tamil terutama kalau cerita tu pasai kehidupan kampung depa. Hero depa berlawan pakai dhoti pegang parang mengamuk ok nampak perghh gila wei ! Haha. Lagipun cerita Tamil dia macam jujur tau dak pasai cinta, pasai rasuah dalam kalangan orang atas macam polis, menteri apa semua. Depa tak cover tau depa jujur dalm berkarya. Aku minat banyak pelakon Tamil.Tapi empat depa ni Rajinikanth, Vijay, Surya Sivakumar dengan Ajith Kumar ni the most Tamil actor yang aku suka ! Kalau nak try layan tamil movie layan cerita hat depa ni berlakon. 

Ok dah dah jom review Dhillku Dhuddhu okay. Cerita pasal movie and hero Tamil tak habis satgi aku taip. Btw maksud Dhillku Dhuddu ni in english is Money for Guts.



Movie ni sebenaqnya dalam genre slapstick comedy horror. Seram tapi lawak haram punya. Tapi yang best semua part dia sentuh. Part cinta pandang pertama, pasal ikatan kekeluargaan, pasal banyak lah. Kira memang tak bosan lah tengok walaupun ada part hantu tu nampak tipu sangat. Haha. Hero dan heroin dalam cerita ni pun hensem and segakk okay. Tak tipu ! Heroin dia lawa gilaaa. Cerita ni cerita komedi so memang sesuai tontonan sesisi keluarga. Tapi part hantu dia seram weii yang awai. Bangang terkejot kot ! Sound memang best. Jalan cerita pon best. Tak bosan kira best lah worth it dengan nilai tiket RM12. 

Santhanam (Hero)

Shanaya (Heroin)
Jalan cerita bermula dengan ada tok sami dalam cubaan tangkap hantu yang dok menghuni satu rumah banglo. Hantu tu huni rumah tu sebab dia bunuh diri dekat situ. Bila hero jatuh cinta dengan heroin tapi ditentang oleh ayah heroin sebab si hero ni dari keluarga miskin je. Bapak si heroin buat plan nak hapuskan hero dari hidup anak dia dengan minta bantuan pembunuh upahan. Pembunuh tu pulak konon buat rancangan suruh duduk dekat banglo tu untuk buat persediaan kahwin dan poof dekat rumah tu macam-macam jadi. Nak tau kena pergi tengoklah. 

Kalau ada yang teringin nak tukaq selera asyik layan cite mat saleh je boleh la layan cerita ni. Lama jugak tau cerita ni kat panggung tak salah aku. Dah 3 minggu kalau tak salah. Dengaq kata kutipan untuk cerita ni meletop jugaklah. Btw sekarang tunggu Tamil movie jugak cerita Kabali - Rajinikanth as hero okay ! Rosyam Nor dengan Norman Hakim pon ada dalam movie Kabali ni dan penggambaran dijalankan di Malaysia. Siap ada alih bahasa ke bahasa Melayu lagi tau ! Okay tak sabaq nak pergi layan movie Kabali ni. 

Ok bai. Terima Kasih. 


4 ulasan:

  1. Alahai awat la ceq xtaw ada citer Tamil ni.. Review mcm bez ada masa nk g tgk ler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best serius tak tipu. Nanti p tengok okay :)

      Padam
  2. Xpnh lak tgk wayang tamil hee��

    BalasPadam
  3. Xpnh lak tgk wayang tamil hee��

    BalasPadam