Julai 23, 2016

REVIEW : KABALI (TAMIL MOVIE)

Assalamualaikum. 

So semalam aku dah pergi tengok movie Kabali dekat MBO Central Square. Punyalah awai aku dengan member aku pegi sebab takut tiket habis Tapi kami dapat show awal pagi pukul 11 siap seat couple lagi. Kihkih tak sia-sia pergi awai. Btw like my previous entry pasal review movie Tamil aku ni memang kaki Tamil dan Hindustan. Aku suka sungguh cerita-cerita depa. 


Rasanya ramai je kan yang dah tau movie Kabali ni penggambarannya dijalankan di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur sedikit di India, Thailand dan Hong Kong. Movie ni pasai gangster drama. Watak utama mestila super star India Rajinikanth. Di bantu oleh seorang pelakon Taiwan Winston Chao sebagai Tony Lee. Aku bangga lah sebab ada jugak bahasa melayu digunakan walaupun tak banyak. Pelakon Malaysia pulak dibarisi oleh Rosyam Nor, Norman Hakim dan ada 2-3 orang lagi pelakon Malaysia yang aku tak tau nama tapi muka depa familiar lah sebab selalu berlakon gangster jugak dalam movie KL gangster.


Cerita ni pasal seorang gangster tua (Rajinikanth) baru dilepaskan keluar dari penjara setelah 25 tahun selepas ditangkap atas tuduhan punca tercetusnya pergaduhan besar dekat kuil estate yang jugak menyebabkan kematian isteri yang sedang mengandungkan anak dia. Sebenaqnya Rajni ni gangster tapi dalam kumpulan yang baik. Dia menentang penjualan dadah, pelacuran dan jugak penindasan terhadap kaum India. Dia pon ada asaskan sekolah untuk pemulihan budak-budak yang terlibat dengan kegiatan gangsterisme ni. 

Okay skip hat tu,dia rasa rindu dekat bini dia so bila dia siasat nak tahu pasal kematian bini dia terbongkaq lah cerita yang bini dia sebenaqnya hidup lagi dan anak perempuan dia dah besaq dan jugak masih hidup. Kira bila dah semua bersatu geng 43 yang jadi dalang kepada pembunuhan family dia 25 tahun yang lalu start plan nak bunuh Kabali dan keluarga dia. Tapi biasalah hero akan menang. Untuk tahu kesudahan movie ni boleh gerakkan kaki anda dan layan movie ni di cinema terdekat ya. Boleh tengok betapa machonya Rosham Nor dekat situ walaupun dia punya dialog sikit gila tu pun hujung-hujung. Hahah

Bagi aku movie ni bagus sangat bagus sangat best. Segalanya diolahkan dengan baik dalam movie soal cinta, semangat kaum, persahabatan dan pengkhianatan. Semua ada. Yang best bab sound dan lagu dia. Best wei. Hahaha. Terubat lah rasa hati nak tengok Rajini hat dah tua tu berlakon hero semula. Masih nampak gagah perkasa walalupun dah tua. 

Ok bai. Terima Kasih. 
  

5 ulasan:

  1. Yeayyy boleh gang...akak pun nak pi tgok kabali...cik abe akak minat citer tamil..terpaksa la akak minat srkali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rugi minat kak cerita tamil ni berilmu lagi dari drama-drama melayu sekarang ni :)

      Padam
  2. Will suggest this to my bro. he gonna like it Hahaha

    BalasPadam